mungkin di antara kita pernah mengalami pelbagai mimpi-mimpi pelik yang membuat kta tertanya-tanya apakah maksud di sebalik mimpi tersebut. di sini ada beberapa tafsiran mimpi yang dapat dikongsi mengikut islam.
Pages
Search This Blog
Translate
Followers
Labels
- agama (4)
- dunia (3)
- global (3)
- harimau malaya (2)
- isu semasa (4)
- sukan (24)
Powered by Blogger.
Popular Posts
Blog Archive
Azizulhasni kecewa
|
"SAYA sudah mengerah seluruh tenaga yang ada tetapi gagal untuk berada dalam tiga kelompok di hadapan. Saya kecewa."
Demikian keluhan jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang selepas gagal menyempurnakan misi memburu pingat dalam acara keirin yang berlangsung di Velodrome, Olympic Park, London kelmarin.
Pada perlumbaan akhir itu, Azizulhasni menamatkan saingan di tempat keenam, namun pencapaian tersebut lebih baik berbanding temasya di Beijing empat tahun lalu yang menyaksikannya menduduki tempat ketujuh.
Giliran Pandelela mencari pingat di London
MUSIM 2010-2011 boleh dianggap sebagai tahun cemerlang buat ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Dia telah menempa nama pada beberapa siri Kejohanan Terjun Dunia, namun pencapaian terbaiknya ialah pada Sukan Komanwel 2010 yang menyaksikannya meraih pingat emas dalam acara kegemarannya iaitu 10 meter (m) platfrom individu wanita.
Kejayaan itu tanpa kehadiran atlet China kerana negara tersebut bukan sebhagian daripada keluarga negara-negara Komanwel.
Kepulangan Chong Wei disambut sebagai wira
Ruang balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal jam 6 pagi dengan membawa sepanduk dan poster antaranya tertera 'LCW - National Hero' dan 'We Love You LCW'.
Reaksi peminat: Tidak perlu pertikai Chong Wei
MESKIPUN gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara pada temasya Olimpik London, perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia tidak kira agama dan kaum.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian Online hari ini, rata-rata rakyat Malaysia tidak menyalahkan atlet itu dan menganggap beliau telah melakukan yang terbaik.
Salah seorang peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Chong Wei selama ini iaitu Hamidi Halim, 34, berkata, meskipun Chong Wei gagal menyumbang emas kepada negara, tapi sikap juang dalam dirinya harus diberi pujian.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Chong Wei kerana telah mengharumkan nama negara.
"Bagi saya, Chong Wei seorang pemain yang patut dibanggakan. Dialah wira negara," katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)