Wednesday, August 8, 2012 | By: Aremiey

Giliran Pandelela mencari pingat di London




AKSI Pandelela dan Cheong Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal wanita di Pusat Akuatik Olimpik, London minggu lalu.


MUSIM 2010-2011 boleh dianggap sebagai tahun cemerlang buat ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Dia telah menempa nama pada beberapa siri Kejohanan Terjun Dunia, namun pencapaian terbaiknya ialah pada Sukan Komanwel 2010 yang menyaksikannya meraih pingat emas dalam acara kegemarannya iaitu 10 meter (m) platfrom individu wanita.
Kejayaan itu tanpa kehadiran atlet China kerana negara tersebut bukan sebhagian daripada keluarga negara-negara Komanwel.

Ketika itu, saingannya hanyalah atlet dari Australia dan seperti dijangka emas yang diharapkan mudah direalisasikannya.
Selain kejayaan pada Sukan Komanwel, Pandelela turut cemerlang pada Kejohanan Dunia 2011 di Moscow yang menyaksikannya meraih pingat perak buat kontinjen negara.
Di Olimpik 2012 London, saingannya dalam acara 10m platform individu wanita cukup sengit.
Tiga penerjun perlu diawasinya iaitu Brittany Viola dari Amerika Syarikat dan dua penerjun China, Chen Ruolin dan Hu Yadan.
Acara 10m platform individu merupakan acara yang dijangka menghadiahkan kejutan buat kontinjen negara pada Olimpik London ini dan taruhah sudah pasti diletakkan di bahu Pandelela yang akan memulakan aksinya di Pusat Akuatik Olimpik hari ini.
Malaysia mempunyai dua wakil dalam acara ini. Selain Pandelela, turut diberi keprercayaan menggalas cabaran ialah Traisy Vivien Tukiet yang layak ke Olimpik buat kali pertama.
Kehadiran Vivien tidak lebih sebagai memberi pendedahan kepadanya dan dia tidak diberi sebarang harapan untuk mengukir kejayaan.
Sasaran kontinjen negara hanyalah pada Pandelela Rinong yang memiliki kekuatan dalam acara 10m platform.
Sebelum ini, misi Pandelela di Olimpik 2012 musnah apabila gagal menghadiahkan kejayaan dalam acara 10m platform seirama wanita ketika berpasangan dengan Leong Mun Yee.
Dia turut gagal dalam acara 3m papan anjal seirama wanita bersama pasangannya, Cheong Jun Hoong.
"Saya tidak mahu memikirkan tentang persaingan. Saya hanya mahu fokus pada diri sendiri. Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik," katanya.
Seorang lagi penerjun negara, Bryan Nickson Lomas hanya akan memulakan saingan dalam acara 10m platform individu lelaki Jumaat ini.

0 comments:

Post a Comment