MESKIPUN gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara pada temasya Olimpik London, perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia tidak kira agama dan kaum.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian Online hari ini, rata-rata rakyat Malaysia tidak menyalahkan atlet itu dan menganggap beliau telah melakukan yang terbaik.
Salah seorang peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Chong Wei selama ini iaitu Hamidi Halim, 34, berkata, meskipun Chong Wei gagal menyumbang emas kepada negara, tapi sikap juang dalam dirinya harus diberi pujian.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Chong Wei kerana telah mengharumkan nama negara.
"Bagi saya, Chong Wei seorang pemain yang patut dibanggakan. Dialah wira negara," katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Seorang lagi peminat, Lee Soo Yie, 27, pula turut melahirkan rasa bangga dan menganggap Juara All-England 2010 dan 2011 itu sebagai wira negara.
"Pada pemerhatian saya Chong Wei telah bermain dengan baik sekali.
"Dia adalah jaguh negara yang sukar untuk diganti," katanya.
Sementara itu, T. Prakash, 28, menganggap jaguh negara itu pemain terbaik dunia meskipun tewas kepada Lin Dan.
"Dia adalah pemain terbaik dunia. Walaupun dia kalah kepada Lin Dan, Chong Wei telah berikan tentangan yang cukup sengit tetapi nasib masih tidak menyebelahi dia.
"Apa-apa pun, kami berbangga dengan dia. Dia betul-betul mengharumkan nama Malaysia," katanya.
Zahidah Mat Jusoh, 22, turut berharap Chong Wei tidak akan mudah berputus asa dan terus memberi sumbangan pingat kepada negara dalam mana-mana kejohanan selepas ini.
"Negara masih memerlukan Chong Wei dalam mengharumkan nama Malaysia.
"Dia seorang pemain yang sukar diganti. Pencapaian dia harus dibanggakan dan diberi pujian," katanya.
Khairul Annuar Hamdan, 22, pula menyifatkan pencapaian Chong Wei pada temasya Olimpik Kali ini sangat luar biasa.
"Meskipun kita gagal meraih emas, tapi kita harus melihat dari sudut positif.
"Beliau sebelum ini bertarung dengan kecederaan. Namun kecekalan beliau membuktikan dia mampu menyumbang jasa kepada negara.
"Jadi pingat perak sudah cukup memadai buat negara. Janganlah kita mempertikaikan kebolehannya.
"Sebaliknya, teruslah menyokong beliau untuk terus menyumbangkan jasa kepada negara," kata Annuar.
Chong Wei, yang turun sebagai pilihan utama kejohanan, membawa pulang perak setelah tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, London, kelmarin.

0 comments:
Post a Comment