Friday, August 3, 2012 | By: Aremiey

Emas atau perak?


Jaguh badminton perseorangan malaysia, Dat Lee Chong Wei secara tidak langsung telah menyumbang pingat emas pertama malaysia setelah mengalahkan perseorangan dari China, Cheng Long dengan 2 set sahaja. Chong Wei mng dengan keputusan 21-13 31-14.

Aiskrim Baskin-Robbins percuma jika Malaysia kutip emas Olimpik



KUALA LUMPUR - Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Facebook tempat intip bekas kekasih


    
OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan
 rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.
Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus
pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan
 pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk k
e laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.

Beregu negara ke separuh akhir





KIEN KEAT (depan) Boon Heong melangkah ke peringkat separuh akhir acara badminton semalam.



HANYA selangkah lagi buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final acara badminton Sukan Olimpik 2012 di London.
Chong Wei (gambar kecil) mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Kashyap Parupalli dari India 21-19, 21-11 pada aksi suku akhir di Arena Wembley awal pagi tadi.

Hampiri impian emas


Chong Wei, Koo-Tan menang mudah layak ke separuh akhir
AKSI Chong Wei ketika menentang P Kashyap di suku akhir, awal pagi tadi. - Foto REUTERSAKSI Chong Wei ketika menentang P Kashyap di suku akhir, awal pagi tadi. - Foto REUTERS


Lee Chong Wei menepati ramalan apabila dengan mudah layak ke separuh akhir badminton Sukan Olimpik selepas menundukkan pemain India, P Kashyap 21-19, 21-11 di suku akhir di Arena Wembley, awal pagi tadi.namun begitu,lee chong wei mendapat tentangan sengit pada set pertama oleh pemain india ini sebelum memastikan kemenangan miliknya.

Menyamar jadi pengemis Muslim



DUA pengemis berketurunan Cina menutup muka ketika ditahan penguat kuasa di Bazar Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor kelmarin.



SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.

Waris akan peroleh rangka penjenayah paling kejam




GAMBAR fail menunjukkan rangka tulang Ned Kelly di Rumah Mayat Institut Perubatan Forensik Victoria di Victoria pada 1 September 2011.


SYDNEY - Rangka penjenayah yang paling kejam di Australia akan dikembalikan kepada keluarganya selepas 132 tahun dia dihukum mati.
Pegawai kerajaan negeri Victoria semalam berkata, rangka penjenayah itu, Ned Kelly akan diberikan kepada waris keturunannya.