Friday, August 3, 2012 | By: Aremiey

Facebook tempat intip bekas kekasih


    
OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan
 rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.
Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus
pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan
 pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk k
e laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.



Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.

Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam
akaun bekas kekasih masing-masing.

Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas
kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia
 membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius
. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip
 bekas kekasih itu. “Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook
 terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula
 cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka,” katanya. - DM

0 comments:

Post a Comment