SEPANG - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim kesal dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di London, kelmarin.
Katanya, kenyataan yang dibuat oleh wakil DAP itu menunjukkan corak pemikiran pemimpin tersebut tidak profesional.
"Kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.
"Seharusnya mereka memberi sokongan dan memahami bahawa kita menghadapi kesukaran untuk menjelma emas pertama," kata beliau.
Katanya, kenyataan yang dibuat oleh wakil DAP itu menunjukkan corak pemikiran pemimpin tersebut tidak profesional.
"Kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.
"Seharusnya mereka memberi sokongan dan memahami bahawa kita menghadapi kesukaran untuk menjelma emas pertama," kata beliau.
"Dan, bukannya dengan mengkritik seperti ini.
"Saya betul-betul kecewa dengan sesetengah pihak yang tidak memahami situasi kami sebaliknya yang hanya pandai mengkritik," kata Razali ketika menyambut ketibaan wira negara, Datuk Lee Chong Wei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Razali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Manoharan yang menulis di Twitternya sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...".
Pada masa sama, Razali turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian terbaik Chong Wei kepada negara.
"Memang kita mengharapkan jelmaan emas pertama, tapi inilah adat perlawanan. Ada kalah dan menang.
"Jadi, kita seharusnya menerima kekalahan itu dan bersyukur kerana Chong Wei berjaya menyumbangkan perak untuk negara.
"Itu sudah cukup memadai daripada tidak memperoleh apa-apa pingat.
"Lagipun, bagi saya, Chong Wei sudah beraksi dengan baik dan telah banyak menyumbangkan jasa kepasa negara," jelasnya yang berbangga dengan semangat juang Chong Wei dalam mengharumkan nama negara.
Pada Ahad lepas, Chong Wei terpaksa akur apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan 21-15, 10-21 dan 19-21 sekali gus hanya membawa pulang perak pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, London.
Keputusan itu mengulangi pencapaian di Beijing empat tahun lepas apabila beliau turut kecundang pada lawan yang sama.
0 comments:
Post a Comment